SAINS TEKNOLOGI DAN ICT
SAINS TEKNOLOGI DAN ICT
PENGENALAN
ICT merupakan bidang yang sangat penting dalam kehidupan manusia zaman sekarang.Bidang ini membentuk teras dan dasar yang memastikan kelangsungan hidup manusia di alam ini. Namun, dalam masyarakat Islam, bidang ini agak ketinggalan berbanding masyarakat lain. Hal ini mungkin berpunca daripada sikap dan pandangan masyarakat Islam terhadap bidang tersebut. .ICT merujuk kepada penggunaan teknologi dalam mengurus, mengguna dan memproses maklumat. Secara tepatnya ICT berkait dengan penggunaan komputer elektronik dan perisian untuk memindah, menyimpan, memelihara, memproses dan memadankan maklumat.
i) Definisi teknoogi maklumat (ICT)
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu
ii) Definisi dakwah
Da‘wah "menjemput"
atau "mengajak", adalah tindakan untuk mengajak atau menyeru
individu untuk memeluk agama Islam. Seorang umat Islam yang mengamalkan dakwah, sama ada seorang pekerja agama atau dalam suatu
usaha masyarakat sukarelawan, digelar suatu da'i, jamak du'at. Seorang da'i
menjemput orang untuk memahami Islam melalui proses dialog, dan dapat
dikategorikan dalam sesetengah kes sebagai persamaan agama dengan suatu mubaligh. Bagi kumpulan tertentu dalam Islam seperti Salafi dan Jamaat-e-Islami, Dakwah juga dianggap
sebagai kegiatan politik
iii) Peranan ICT terhadap perkembangan dakwah dalam era globalisasi
Kehadiran teknologi multimedia adalah anugerah istimewa kepada dakwah.Keupayaan menghantar,menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas.Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara pendakwah dan sasarannya sahaja,malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik-bilik seminar bukan lagi di sempadani batu bata dan kayu,sebaliknya alam maya.dari segi sosialnya pula,pembangunan dakwah dari segi maltimedia dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakayt islam Malaysia,sama ada yang berada di dalam atau yang berada diluar negara.Mereka boleh saling memberi dan menerima pandangan,nasihat menasihati dan saling tegur menegur antara satu dengan yang lain.
- "Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah dia ciptakan dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar kamu berserah diri (kepadaNya)." (An-Nahl:81) "Buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya, dah kerjakanlah amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.” (Saba ayat 11) Ayat ayat ini membuktikan bahawa teknolagi di tuntut dan dapat memberikan kebaikan kepada umat islam serta membantu membagunkan agama islam.
- Pelayaran Web Negatif
Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedahmemberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.
Kesahihan Maklumat
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.
Penyebaran Fitnah dan Gosip
Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”[12]
Aktiviti Perjudian
Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya”[13]
- Masyarakat akan lebih cepat mendapatkan informasi-informasi yang lebih tepat dan terbaru melalui internet
- media memberikan contoh teladan yang bijak untuk mengubah perilaku masyarakat.
- Teknologi membentuk suatu budaya baru dalam masyarakat
- Menyebarkan nilai-nilai murni
- Bersikap acuh tak acuh terhadap persoalan yang terjadi pada masyarakat
- Teknologi digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
- Kekuatan media massa mempengaruhi gaya hidup seseorang
- Mengubah gaya hidup seseorang ke arah yang lebih buruk
• Perkara ini dilihat amat mudah diperoleh oleh golongan remaja yang terdedah kepada perkara negatif tanpa kawalan dan pengawasan. Sekiranya tidak dikawal, perkara ini memberi kesan yang besar kepada psikologi dan tindak-tanduk remaja sekaligus membawa kepada permasalahan moral yang lebih besar.
• Kesan yang mungkin dapat dilihat ialah peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Ini secara tidak langsung mendorong remaja melakukan perbuatan yang lebih buruk lagi seperti menggugurkan kandungan dan membuang bayi.
• Beberapa isu utama dikenalpasti termasuklah, penyebaran maklumat palsu, gambar-gambar yang dipalsukan serta gambargambar yang tidak bermoral.
• Perkara ini dilihat amat mudah diperoleh oleh golongan remaja yang terdedah kepada perkara negatif tanpa kawalan dan pengawasan. Sekiranya tidak dikawal, perkara ini memberi kesan yang besar kepada psikologi dan tindak-tanduk remaja sekaligus membawa kepada permasalahan moral yang lebih besar.
• Kesan yang mungkin dapat dilihat ialah peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Ini secara tidak langsung mendorong remaja melakukan perbuatan yang lebih buruk lagi seperti menggugurkan kandungan dan membuang bayi.
• Isu seterusnya yang dilihat sebagai ancaman kepada perkembangan ICT adalah penyebaran maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya.
• Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan remaja bahkan golongan dewasa dan profesional juga terdedah kepada permasalahan ini sehingga mungkin boleh mendedahkan perkara-perkara penting negara sekaligus menyebabkan masalah yang lebih besar kepada negara.
• Kesan kepada remaja boleh dilihat dengan banyaknya laporanlaporan yang didedahkan terhadap kes-kes kehilangan remaja kesan daripada penggunaan ICT secara tidak terkawal.
• Isu lain yang dilihat kritikal apabila, tersebar luasnya penipuan dalam bentuk kewangan melalui internet. Penipuan ini telah semakin merebak dan semakin ramai mangsanya.
• Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan banyak cara.
• Antara contohnya; tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab (misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui pilihan rambang); kerjasama dalam pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang besar (misalnya 2 juta USD) dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar (melalui pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_maklumat
https://ms.wikipedia.org/wiki/D
NAMA AHLI
1)MUHAMAD FAZLI BIN MOHD NASIR (02DLS20F2044)
2)MUHAMMAD NABIL FAREEZ BIN MOHD ROSLI (02DLS20F2031)
3)MUHAMMAD ABDUL BASRI BIN MOHD RODHI (02DLS20F2033)
4)MUHAMMAD KHAN BIN MD DAUD (02DLS20F2063)
5)WAN MUHAMMAD ADZIM BIN WAN MOHD RIDZUAN (02DLS20F2015)
Comments
Post a Comment