SAINS TEKNOLOGI DAN ICT
SAINS TEKNOLOGI DAN ICT PENGENALAN ICT merupakan bidang yang sangat penting dalam kehidupan manusia zaman sekarang.Bidang ini membentuk teras dan dasar yang memastikan kelangsungan hidup manusia di alam ini. Namun, dalam masyarakat Islam, bidang ini agak ketinggalan berbanding masyarakat lain. Hal ini mungkin berpunca daripada sikap dan pandangan masyarakat Islam terhadap bidang tersebut. .ICT merujuk kepada penggunaan teknologi dalam mengurus, mengguna dan memproses maklumat. Secara tepatnya ICT berkait dengan penggunaan komputer elektronik dan perisian untuk memindah, menyimpan, memelihara, memproses dan memadankan maklumat. i ) Definisi teknoogi maklumat (ICT) Teknologi Maklumat ( Information Technology ) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( Information and Communication Technology ) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusa...