PERPADUAN DI MALAYSIA
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.[1] Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.
i]KEPENTINGAN PERPADUAN
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.
ii] CARA-CARA PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA DAPAT DI PERKUKUHKAN DAN DIMANTAPKAN
B]Kesan yang kedua ialah keadaan masyarakat tidak tenteram, bebas serta bangga denganapa yang dicapai. Ini kerana tiada perpaduan dan integrase di dalam negara. Ketidakwujudanperpaduan dan integrase boleh menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-aktivitiyang dijalankan adalah terhad. Oleh itu timbullah perasaan ketidakpuasan hati di kalangan rakyatdan akhirnya mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik.Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk kepada peristiwa 13 Mei 1969 di manarusuhan kaum telah berlaku akibat ketidakadilan dalam arus aktiviti ekonomi di mana setiapetnik telah dipisahkan iaitu kaum melayu bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum india pulabekerja di Kawasan estet dan kaum cina pula bekerja di bahagian perindustrian. Hal ini telahmenimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan semua kaum disebabkan pembahagian dalamsektor ekonomi yang tidal adil untuk mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya perpaduanuntuk mengelakkan peristiwa 13 Mei ini berulang kembali.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
http://anelyza.blogspot.com/2009/10/kepentingan-perpaduan.html
http://isuperpaduandanperkauman.blogspot.com/2016/07/perpaduan-dan-perkauman.html
NAMA AHLI
1)MUHAMAD FAZLI BIN MOHD NASIR (02DLS20F2044)
2)MUHAMMAD NABIL FAREEZ BIN MOHD ROSLI (02DLS20F2031)
3)MUHAMMAD ABDUL BASRI BIN MOHD RODHI (02DLS20F2033)
4)MUHAMMAD KHAN BIN MD DAUD (02DLS20F2063)
Comments
Post a Comment